Wednesday, July 21, 2010

Aku deA kAmu

Pengenalan

Nur Fazhira Arifah,19 seorang remaja yang sangat aktif, dahulu hidupnya sentiasa di penuhi dengan kegembiraan. Keluarganya yang sentiasa ada untuk satu sama lain. Susah dan senang mereka sekeluarga akan hadapinya bersama. En. Mohd Fazhirul Afzan,48 tidak bekerja setelah kemalangan motosikal yang hampir meragut nyawanya. SEtelah kemalangan itu hidup mereka kini dihimpit kepayahan dan kesulitan. Setiap hari ibu Nur, Puan Nur Farihah,45 terpaksa menjual kuih-muih demi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Nur mempunyai 3 orang adik yang masih kecil, adiknya Nur Fahirah Azirah akan menduduki peperiksaan PMR manakala dua lagi adiknya ialah kembar, malangnya mereka mempunyai masalah kesihatan yang sangat kritikal. Dalam usia yang masih kecil, kedua adik kembarnya, Mohd Farizul Afzan serta Mohd Fazirul Azfan, 10 menghidapi penyakit leukimia. Dua daripada adiknya sangat memerlukan perhatian daripada mereka sekeluarga. Hidup mereka sekeluarga masih lagi ceria meskipun pelbagai masalah yang datang menimpa. Sudah jatuh ditimpa tangga masih belum cukup menggambarkan keperitan yang mereka tanggung. Nur dan keluarga masih lagi mampu tersenyum, bergurau senda dalam kehidupan mereka seharian. Mereka percaya akan takdir Allah S.W.T. Meskipun dalam keadaan begitu Nur masih meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan. Cita-cita nya bukan sahaja ingin menggenggam segulung ijazah bahkan mahu mengembalikan kehidupan mereka seperti dahulu. Kesedihan yang tidak pernah dipamerkan pada riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa Nur seorang yang tabah. Peristiwa yang menghantui dirinya banyak memberikannya kekuatan untuk meneruskan hidupnya. Meski kelat untuk dijamah, pahit untuk di telan, namun itulah realiti yang terpaksa ditanggung sendirian.

Peristiwa berlaku ketika Nur masih lagi ingin mengenali akan dunia remaja........